Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 3

Topik : Manusia

1. Memahami Gigi Manuasia


Fungsi Gigi

     Gigi insisor berfungsi sebagai pemotong makanan. Gigi kanin mampu mengoyakkan makanan seperti daging. Gigi pramolar dan molar bertindak semasa mengunyah makanan iaitu menghancurkan makanan agar mudah dihadamkan oleh perut. Semua fungsi setiap gigi akan bekerjasama semasa proses pengunyahan berlaku ketika makan.

     Sekiranya semua gigi molar telah hilang dari rongga mulut, anda masih boleh mengunyah kerana masih ada gigi premolar. Tetapi, jika gigi incisor dan kanin telah hilang, tiada penggantinya, maka anda sukar untuk makan.

     Apabila anda menyebut huruf ‘S’ dan’L’, lidah akan terletak pada hujung gigi atas. Apa kata anda menyebut perkataan ‘selasa’ dan ‘selesa’. Ini bermakna gigi amat diperlukan untuk pertuturan. Sedarkah apabila bertutur, anda memerlukan gigi untuk menyebut beberapa huruf dan perkataan.

    Selain daripada itu gigi yang cantik dapat memberikan senyuman yang manis. Bayangkan senyuman tanpa gigi atau gigi yang rosak atau kotor.



Jenis- jenis Gigi dan Fungsi
  1.  Kita mempunyai tiga jenis gigi iaitu :
    i. Gigi kacip : fungsi gigi kacip adalah untuk memotong makanan.


    ii. Gigi taring : fungsi gigi taring adalah untuk menyiat makanan.


    iii. Gigi geraham : fungsi gigi geraham adalah untuk memecah dan melumatkan makanan.


Set Kegigian

Manusia mempunyai dua set kegigian iaitu :

i. Set gigi susu
Gigi susu mula tumbuh ketika umur bayi di antara enam hingga sepuluh bulan. Kebiasaannya, gigi susu  akan tanggal satu persatu mulai umur enam tahun.

ii. Set gigi kekal

Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu. Lazimnya, bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun.



Struktur Gigi manusia



No comments:

Post a Comment